Monday, January 10, 2011

NAZMI RAJA LAWAK MUSIM 5




Musim Raja Lawak ke 5 sudah bermula dan beberapa hari sebelum Jumaat, memang dah set nak tengok penangan RL5 ni...Dulu Nabil jadi bualan.....tapi lepas tengok lawak sorang peserta bernama Nazmi, memang tak dinafikan ada aura la....tagline yang membuatkan semua penonton terikut-ikut....AKU LUPA...so simple but funny...tahniah nazmi...Ur simply the best...harap2 minggu depan Nazmi banyak idea2 baru yang boleh mngembalikan keceriaan Raja Lawak...

Jom Layan Video


Sekarang ni...hari2 aku bukak YouTube ni...mmg lawak...cuma confius, kenapa die cakap mak die meninggal...betulke??

Thursday, December 23, 2010

Neelofa Noor Juara Dewi Remaja 2010

Wow, itu yang digambarkan bila melihat foto-foto Juara Dewi Remaja 2010, Neelofa Noor yang cun melecun...gambar2 posing yang hangat, terdebomb...dan menyebabkan si lelaki tak kira berambut atau tak berambut mula memasang impian.. apa apa pun..kita layankan je la Juara Dewi Remaja 2010 ni...
(credit to en napie mohsin)...good work dan gambar cantik2...



 Neelofa Mohd Noor (Lofa) – Finalis Ke-15 Dewi Remaja 2009 – Nombor Peserta 291
 
Tarikh lahir: 10 Februari 1989 (umur 20 tahun)

Asal: Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur

Universiti: Kolej Damansara Utama

Tinggi: 5 kaki 6 inci

Potongan badan: 34-25-36

So sesiapa yang nak jadi juara dewi remaja ni kenalah berbakat, pintar dan juga pandai jaga tatasusila Melayu macam Neelofa ni...

Thursday, December 16, 2010

Ujian Mata


What you have to do is focusing on the + cursor in the middle. Within 10 seconds, you will notice the pink dot around disappear on sight. You will also notice green dot circling around before the disappearance of pink dot. If so, you have a normal eyesight.

Our eye balls will be focusing on an object instead the surroundings will be faded with focus. Just like programming language focus=0. I have no idea what this phenomenon is called but at least, I know it's an eye test. Haha!

Saturday, December 11, 2010

Siti Sarah Tunangan Shuib Sepah



Tahniah pada Siti Sarah kerana sudah menjadi tunangan jejaka Melayu, seorang pelawak terkenal dari Kumpulan Sepah. Semalam di Golden Palm Tree Resort, Sepang bersempena dengan program Amazing Race Bujang Sepah,  Shuib telah mengakui yang dia sudah bertunang dengan Siti Sarah.

Apa pun selepas bertunang pada 16 November 2010, majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung pada bulan Januari 2011. Harapnya tunangan kali ini kekal buat Siti Sarah...taknak pisang berbuah dua kali...Semoga korang berdua selamat sampai ke jinjang pelamin...

Thursday, December 9, 2010

Sehati Berdansa : Sein dan Nana Bercerai


Akhirnya kita dikhabarkan dengan siri perceraian ketujuh Sehati Berdansa Sein-Nana. Istana yang dibina pada tahun 2006 telah pun roboh dilanda ombak...Badi sehati berdansa ni nampaknya berterusan...sebelum ini Asheed Def Gab C, Atilia, Dira Abu Zahar, Radhi OAG, Sabrina Ali dan Anne Ngasri....Apa yang kita boleh buat ialah dengan mendoakan masing bahagia dengan keputusan dan jangan anak yang menjadi mangsa...

Monday, December 6, 2010

Sinopsis Filem Ngangkung...Best la..

Sinopsis Ngangkung:- ‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ dan aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.



Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”.

Tajuk Filem:
Ngangkung

Pengarah:
Ismail Bob Hasim

Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Dipawagam:
25 November 2010

Pelakon Ngangkung:
Shaheizy Sam
Azad
Angah Raja Lawak
Putri Mardiana
Eira Syazira
Echa
Azlee Senario
Ruzaidi Abdul Rahman
Reanna
Mazlan Pet Pet

Uncle Zaibo Akhiri Zaman Bujang

Tahniah kepada uncle zaibo dan isteri beliau Siti Hawa. Walaupun uncle zaibo telah mencecah umur 54 tahun, sebagai peminat beliau, saya ingin ucapkan semoga berbahagia di samping isteri tersayang. Inilah yang dikatakan jodoh.

Uncle Zaibo dinikahkan di Pejabat Kadi Batu Pahat dengan kenalan lamanya yang juga ibu tunggal, Siti Hawa Syawal, 45, oleh Kadi Daerah itu, As Sheikh Mustafa Omar, kira-kira jam 3 petang semalam
Siti Hawa yang mempunyai sembilan anak menerima mas kahwin RM22.50. Majlis diadakan secara tertutup dan kecil-kecilan untuk keluarga rapat kedua-dua pihak saja.

Menurut Zaibo, dia dan isteri sepakat untuk mengadakan majlis yang ringkas secara tertutup kerana memandangkan usia masing-masing yang sudah meningkat dan Siti Hawa pula pernah berumahtangga.Apapun, semoga bahagia melayari rumah tangga..